Friday, 22 June 2012

REVIEW NOVEL 001 : KAHWIN GANTI


Tajuk Novel : Kahwin Ganti
Karya : Aifa Batrisya
Penerbit : Karyaseni
Tarikh Terbit : Mei 2012
Harga : RM21

Sinopsis Belakang Novel :

Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!

Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!

Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
“Awak suka saya tak?” – Mya Zara

“Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.

“Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?

*****
::: Pandangan Ku :::

Bagi aku novel KAHWIN GANTI ini merupakan sebuah karya yang sangat menarik..walaupun ini merupakan karya sulung Aifa Batrisya, aku tidak kecewa membaca karya beliau..tahniah buat Aifa Batrisya..

Novel ini mengisahkan sepasang adik-beradik kembar yang bernama Nuqman Hakim dan Luqman Hakim yang sentiasa berebutkan barang yang sama sejak mereka kecil lagi.. Sikap mereka ini menyebabkan mereka berdua tidak serasi dan sentiasa mencetuskan perbalahan diantara mereka. Konflik bermula apabila Nuqman Hakim tiba-tiba menghilangkan diri pada hari perkahwinannya dengan Mya Zara. Tindakan Nuqman ini menyebabkan pasangan kembarnya iaitu Luqman Hakim terpaksa mengGANTIkan tempat abangnya untuk menikahi Mya Zara bagi menjaga maruah keluarga kedua belah pihak.

Sementara itu, Mya Zara pula tidak mengetahui bahawa lelaki yang menikahinya pada hari itu adalah pasangan kembar buah hatinya. Mya Zara menyangka dia telah bernikah dengan Nuqman Hakim, tetapi hakikatnya Mya Zara telah dinikahkan dengan Luqman Hakim adik kepada Nuqman.

Pada awal perkahwinan antara Mya Zara dan Luqman Hakim, tiada istilah cinta bagi mereka... lama kelamaan, bila mereka mengenali antara satu sama lain, akhirnya menimbulkan perasaan cinta diantara mereka berdua. Ingin tahu lebih lanjut? BELI dan BACA sendiri novel ni.. memang tidak mengecewakan dan paling penting 'HAPPY ENDING' :)

*****

Kadang-kadang sikap ego Luqman yang tidak mahu menyatakan isi hatinya membuatkan aku sakit hati..sikap Mya Zara pula yang menuduh suaminya tanpa usul periksa membuatkan aku geram dengan watak heroin dalam novel ni.. tapi cik penulis berjaya merawat sakit hati aku ini dengan memaparkan gelagat-gelagat pasangan suami isteri ini yang amat mencuit hati..teserlah sifat keanak-anakan mereka terutama Luqman..tidak lepas dengan 'Dibo'nya :)

P/S : kepada cik penulis, tahniah di ucapkan kerana berjaya menghasilkan karya yang dapat memuaskan hati saya sebagai pembaca..semoga di masa akan datang anda akan dapat menghasilkan karya yang lebih baik..all the best! 

- HAPPY READING -
( ^^, )



1 comment:

  1. nice review..sy pun suda bca novel kahwin ganti ni..bg sy pun novel ni mmg best..sgt puas hati..

    ReplyDelete